Profil

-->
Sejarah
Kemajuan dalam sistem pendidikan bergantung kepada keberkesanan sesebuah organisasi sekolah dikendalikan. Sekolah seperti yang didefinisikan oleh Dewan Bahasa  ( Edisi  keempat) mengatakan bahawa “sekolah” sebagai tempat untuk belajar dan mengajar, tempat untuk menerima dan memberi pelajaran. Tertubuhnya ia sebagai satu tempat di mana  ilmu dapat dicurahkan dan diterima
SMK Dengkil telah ditubuhkan pada Januari 1967, dan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato` Ahmad Razali Bin Mohd Ali pada 11 Januari 1970. SMK Dengkil mula beroperasi dengan menumpang di SK Dengkil, dengan kapasiti guru seramai 4 orang manakala pelajar pula seramai 90 orang. Pucuk pimpinan SMKD  pada waktu itu ialah En Yasin Bin Maarof (tahun 1967-1971)
Pada tahun 2003, SMK Dengkil mempunyai 6 blok bangunan, sebuah dewan Utama, 6 buah Bengkel Kemahiran Hidup, sebuah Makmal Komputer Bestari, sebuah Bilik Simulasi, 6 buah rumah guru dan sebuah kantin serta sebuah surau. Manakala bilangan gurunya seramai 106 orang dan pelajar pula seramai 1600 orang.
Pada tahun 2003, Bangunan Blok F mula digunakan dan 2 buah Makmal Matematik dan kelas-kelas tingkatan 5.
Kini setelah 50 tahun penubuhannya, SMKD mempunyai 15 orang pengetua yang menjana kemajuan dan kecemerlangannya. Berikut senarai nama pengetua SMKD:

TAHUN
NAMA PENGETUA
1967-1971
En Yasin Bin Maarof
1972-1977
En Maamum Bin Sidek
1978-1982
En. Nordin Bin Dahlan
1983-1986
En Adnan Bin Abdul Rahman
1986-1987
Tuan Hj Abdul Aziz Bin Mohd
1987-1991
Pn Yasmin Bee Bt Mohd Hassan
1991-1995
En Abdul Rahman Bin Hj Ngit
1995-1998
Hjh  Norkamar Bt Hj Mokhtaar
1999-2002
En Zainal Bin Sahid
2003-2006
Pn Faizah Binti Yusoff
2006-2010
En Ahmad Badri Bin Mardi
2011-2012
Pn Hjh Sakinah @ Che Nah Binti Hj Saari
2012-2017
Pn Jamilah Binti Rahim
2017-2018
2018-kini
Pn.Habshah Binti Mohamad
En Halil Bin Badli @ Jaafar

Visi
Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil akan menjadi Sekolah Gemilang menjelang tahun 2014
Misi
  • Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik melalui P&P yang berkesan.
  • Berusaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan yang inovatif.
  • Berusaha meningkatkan keecemerlangan sahsiah murid melalui program yang efisien dan efektif.
  • Meningkatkan kerjasama yang erat dengan ibu bapa/ penjaga dan masyarakat setempat melalui program pemuafakatan bestari.
  • Berusaha untuk menyediakan suasana yang kondusif dan gemilang IT.
Falsafah dan Nilai
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pentadbir dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil mendokong hasrat melahirkan pelajar-pelajar serba boleh dalam akademik dan kemahiran serta mempunyai iltizam yang tinggi yang tinggi terhadap perkembangan individu yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan berpegang teguh akan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Hasrat dan usaha ini adalah untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab secara mutlak terhadap diri  sendiri, berilmu pengetahuan, berhemah tinggi, berani membuat keputusan yang rasional bagi kesejahteraan diri serta dapat memberI sumbangan kepada kehidupan masyarakat yang harmonis
Piagam
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil mengutamakan amalan nilai-nilai murni dan mewujudkan insan yang berpotensi dan berbudaya ilmu.
  • Sentiasa Berusaha untuk menghasilkan kecemerlangan prestasi akademik dan berkhidmat kepada pelajar, ibubapa dan masyarakat.
  • Sentiasa mengalu-alukan inovasi, menampilkan potensi dan mencungkil kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana sekolah yang harmonis, sihat dan selesa.
Moto
“Pengetahuan  punca kejayaan”
Lencana
  • Obor – keazaman untuk berjaya
  • Biru –Perpaduan antara kaum
  • Putih- kesucian berteraskan nilai murni yang tinggi
  • Buku- membaca jambatan ilmu
  • Merah- keberanian keazaman yang tinggi serta semangat yang berkobar-kobar
  • Glob- mempunyai pemikiran yang luas dan global
  • Kuning-bersedia menghadapi cabaran

Lagu
Maju sekolahku maju
Ke arah cita-cita mulia
Muridnya bersatu saling berganding bahu
Bekerjasama mencapai sejahtera
            Kamilah harapan watan
            Mewarisi Negara yang merdeka
            Menjadi pemimpin pada masa hadapan
            Membela bangsa dan maruah Negara
Ikhlas jadikan panduan
Terasnya rukun Negara
Amalan yang baik jadikan teladan
Sekolah Menengah Dengkil kan Berjaya
            Guru yang kami hormati
            Bimbinglah kami mencari ilmu
            Berbudi pekerti usaha diberkati
            Kejayaan kami kejayaan mu